Keluhan Hiba Umar di sisi jenazah Nabi s.a.w

Dipetik dari hk..(diubahsuai..nk kasi pendek sket..=)

Keluhan Saidina Umar r.a. apabila beliau benar-benar sedar bahawa Nabi s.a.w telah wafat kembali ke sisi ALLAH S.W.T "sesungguhnya tinggi darjatmu di sisi ALLAH sehinggakan Tuhan menyamakan ketaatan kepadamu seperti mentaati-Nya sebagaimana firman-nya yang bermaksud, " barang siapa yang mentaati Rasul itu sesungguhnya dia mentaati ALLAH."...surah an-nisa ayt 80

Keluh Saidina Umar lagi; betapa tinggi darjatmu hai Nabi s.a.w.h ingga ALLAH telah mengampunkan kamu sebelum Dia menjelaskan kesalahan dosamu. " semoga ALLAH mengampunkan kamu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka (untuk tidak pergi berperang), sebelum jelas bagimu org yg benar2 dlm keuzuran dan sebelum kamu ketahui orang yg berdusta"..surah taubat ayt 43..Bagi menggambarkan tinggi darjatmu hai nabi s.a.w hingga ALLAH S.W.T menyayangi kepadamu, dimaafkan dahulu, setelah itu baru dinyatakan kesalahanmu.

Keluh Saidina Umar lagi "sesungguhnya Musa a.s itu nabi yg keramat apabila ketiadaan air, ALLAH SWT perintah supaya pukullah tongkat ke batu lantas terbit mata air..tetapi engkau hai Nabi telah terbit air dari celah jarimu yang mulia, ini lebih keramat dan mukjizat kurniaan luar biasa dari ALLAH SWT yg menyayangimu. menjadi kebanggaan dan catatan sejarah sepanjang hayat umatnya hingga kiamat.
saidina umar menyuarakan keluhannya lagi " sesungguhnya Nabi Sulaiman dberi kuasa oleh ALLAH SWT perintah angin untuk membawanya sejauh perjalanan sebulan, dengan itu Nabi Sulaiman boleh mengawasi seluruh negaranya hanya dengan kuasa angin yg membawanya. sbaliknya engkau wahai Nabi Muhammad ditadirkan ALLAH SWT dengan makhluk Buroq menembusi angkasa hingga ke langit yg ke-7, ke tempat plg tinggi iaitu Sidratul Muntaha hatta malaikat Jibrail tidak upaya bersamamu lagi.

"Demi ayah dan ibuku" keluh saidina umar lagi; sesungguhnya nabi Isa telah diberi mukjizat sehinggan boleh menyembuhkan org yang buta sejak dilahirkan, menyembuhkan org yg sakit sopak, malah menghidupkan org yang telah mati. Tetapi kau ya Rasulallah ketika org menghadiahkanmu panggang paha daging kambing yang menjadi kegemaranmu,ketika kamu hendak menikmatinya tiba2 panggang paha kambing itu berkata, "ya Nabi jangan engkau makan aku, kerana dalamnya tersorok racun yg boleh membinasakanmu."

Demikian gagalnya segala musuh untuk membunuh Nabi saw setelah tidak berjaya dgn pelbagai konspirasi untuk membunuhmu. Betapa hebatnya keramat dan mukjizat Nabi saw hingga paha kambing mampu bertutu memberitahu Nabi saw demi menyelamatkan dari perbuatan khianat musuhmu itu.

Keluh saidina Umar lagi " ya Rasulallah terlalu ramai manusia seluruh dunia menjai pengikutmu, jika dibandingkan dengan usiamu yg tdk pjg dan masa perjuanganmu pula singkat.Jika dibandingkan dengan Nabi Nuh as yg berusia 1000 thn , bererti masa berdakwah dan perjuangannya terlau pjg tetapi pengikutnya tidak seberapa dan terlalu sedikit, sekadar muat dalam perahu yg sederhana besarnya"

Jika engkau mengembara menjalankan tugas agama ALLAH, engkau hanya menunggang khimar dengan menggendong sesuatu sebagai org awam , tanpa kebesaran.
Apabila kamu makan dengan makanan kering yang diletak atas bumi sesudah engkau makan kulum dan kucup jarimu. semuanya tanda engkau amat merendah diri. Inilah kelebihan Rasulullah sebagai pemimpin yg tidak wujud dalam pemimpin sesuatu kaum dan masyarakat.
Oleh itu ,kata saidina Umar , aku berdoa semoga ALLAH SWT memberi kesejahteraan kepadamu wahai Nabi yg mulia di alam barzakh.

0 Response to "Keluhan Hiba Umar di sisi jenazah Nabi s.a.w"

Post a Comment