duhai hati


hati ini..
ada apa dengan hati..

hati ini...
kenapa sering terleka..

hati ini...
titik hitam mula bermaharajalela...

hati ini...
slalu ia prasangka...

hati ini..
jauh dari sang pencipta..

kenapa ya...
terkelu lidah,,terkaku tingkah..
termati madah..lalu manik jernih berjuraian..

YA RABBi..
ku cuba sucikan hati..

tapi bila dicuba..
kelihatan terlalu sirna...

langkahku goyah..
terkadang rebah..

luka dan berdarah...
namun, kubangkit biarpun membarah..

merangkak, mencari hati yg suci..
ssekali cuba untuk berdiri..

lagi, kutersungkur..
tergumam dalam tafakur..

kuubati hati
kerana janji-MU pasti..

tidak diuji hambanya..
jika luar upayanya...

hati...
moga bisa bertahan..
dari tohmahan & mehnah..

hati..
slalu tegar & sedar
agar tidak lagi hambar..

sabda Rasulullah..
sesungguhnya dalam jasad manusia, ada segumpal daging. Apabila ia baik, maka baiklah seluruh jasad..tetapi, apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasadnya..ketahuilah bahawa itu adalah hati
(riwayat bukhari & muslim)

YA ALLAH, Ya Tuhanku, yang membolakbalikkan hati, tetapkan hatiku atas landasan agama-Mu..
Amin, Ya Rabbal'alamin

sayangkan hati,
M.I.A

0 Response to "duhai hati"

Post a Comment